Sabata Keningau

Saturday, June 27, 2009

NEW LINES UP SABATA KENINGAU

Keningau, 19 Jun 2009 -Mesyurat Agong Tahunan 2009,SABATA Keningau atau Persatuan Pencegah Batuk Kering Sabah, Keningau telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Hospital Keningau. Pada mesyuarat tersebut Ahli Jawatankuasa baru bagi sesi 2009 - 2010 telah dipilih.
Pengerui: Modestus Taguah, Naib Pengerusi : David Paulinus, Setiausaha: Suineh @ Pipih Jigih, Pen. Setiausaha : Jeanette Ho Khen Sheng, Bendahari : Jaidun. Seramai 6 orang AJK telah dilantik.

En Donil Gitom mengucapkan tahniah kepada semua yang dipilih. Beliau tidak bertanding untuk jawatan Pengerusi yang disandang beliau sejak 2004.
Dalam ucapan ringkas pengerusi yang baru- En Modestus berharap semua AJk baru dan ahli-ahli dapat memberi kerjasama untuk memenuhi objektif SABATA membantu pesakit-pesakit TB di daerah Keningau.

Installation Night bagi AJK Baru SABATA Keningau akan diadakan tidak lama lagi menurut salah seorang AJK yang baru dilantik bagi mempromosikan persatuan ini dikalangan masyarakat daerah Keningau.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah wakil dari SABATA Pusat, Datuk Godfery (Setiausaha Agong), En. Henry Mogindol (Bendahari Agong) dan Datin Godfery.

Mesyuarat Dwi Tahunan SABATA akan diadakan di Wisma SABATA , Kota Kinabalu pada 4 Julai 2009 jam 2.00 Petang.

Tuesday, November 25, 2008

Kursus Penyelia Dots

KOTA KINABALU,17-04-2008 - Persatuan Pencegah Batuk Kering Sabah (SABATA) telah menganjurkan kursus untuk ahli-ahlinya bagi membantu anggota kesihatan membantu pesakit TB supaya mengambil ubat TB secara sistem DOTS.
SABATA (Keningau) di wakili oleh Puan Suineh Jigi dan En. Donil Gitom.


Followers

About Me